Sunday 5 June 2016

Tercapai segala hajat dengan Surah Al-Ikhlas




1.Terpelihara dari bencana
Tidak ada manusai yang mengetahui bila akan berlaku suatu bencana,sama ada yang melibatkan dirinya atau orang lain.Oleh itu,jika anda ingin terhindar dari bencana hendaklah mengamalkan surah al-ikhlas.
Kaifiatnya,setelah menunaikan sembahyang Maghrib hendaklah anda tetap duduk dan membaca surah al-ikhlas sebanyak 1000 kali.Muda mudahan  dengan izin-Nya,dengan berkat bacaan tersebut membuat terhindar dari sebarang keburukan.

2.Dijauhkan dari ketamakan orang lain
Orang yang tamak dan haloba akan merugikan orang yang dekat dengannya.Sebagai contoh,kerana ketamakan orang tersebut maka hak-hak orang yang di dekatnya diambil sama ada dia melakukannya dengan halus atau terang-terangan.
Untuk mengelakkan perbuatan seperti itu,hendaklah mengamalkan surah al-ikhlas.Kaifiatnya,bacalah setiap hari secara berterusan'Ya Shamad' sebanyak 133,mudah-mudahan dengan izin Allah akan terjauh daari ketamakan dan keserakan orang berkenaan.

3.Menundukkan orang zalim
Orang jahat atau zalim tidak mempertimbangkan perbuatannya sama ada haram atau halal,berdosa atau berpahala.Yang penting baginya ialah mendapat yang ia ingin dapat,sekalipun harus menggunakan segala apa yang ada padanya,seperti jawatan,kekuasaan atau kekuatan tubuh badannya.Orang-orang yang lemah dan tidak mempunyai kekuasaan biasanya orang yang menjadi mangsa dan sasarannya.Justeru itu,untuk menhindarinya,amal lah dengan cara membaca surah al-ikhlas.

4.Tercapai segala hajat
Selain khasiat yang disebutkan,surah al-ikhlas juga mempunyai khasiat untuk mencapai segala hajat.Dengan syarat mestilah dalamperkara yang baik,halal dan diredhai Allah.
Oleh itu,selepas menunaikan solat maghrib dan subuh hendaklah membaca surah al-ikhlas 1000 kali.Kemudian bedoalah kepada Allah dengan menyebut apa yang dihajati.

Mengurangi perasan lapar dan haus
5.Surah AL-Ikhlas ini juga biasa digunakan oleh para wali Allah ketika dalam musafir dan kehabisan bekalan makanan untuk menghindari kebuluran.Mereka tidak pernah merasa kebuluran sekalipin tidak menjumpaisedikit makanan,setelah beramal dengan surah al-Ikhlas ini.
Kita juga boleh mengikut amalan para wali Allah tersebut.Jika sedang dalam perjalanan jauh dan kehabisan wang atau bekalan,maka eloklah membaca lafaz,ya Shamad',sebanyak-banyaknya.Mudah-mudahan dengan izin Allah,perasaan haus dan lapar akan hilang,atau sekurang kurangnya berkurangan.

1 comment:

  1. Ada seorang lelaki Melayu dari asnaf fakir miskin bernama Saudara Adila Bin Suboh. Dia berasal dari Melaka. Dia berumur 44 tahun. Dia tidak mempunyai rumah dan kenderaan sendiri. Dia sentiasa berada dalam keadaan daif dan hidup dalam serba kekurangan. Dia tidak mampu menyara keluarganya kerana kesempitan wang. Adakala dia tidak makan dan mandi beberapa hari. Dia mengharapkan belas kasihan dari orang yang prihatin dengan keadaan nasibnya. Sesiapa yang ingin menghulurkan sumbangan wang secara ikhlas, boleh derma ke akaun maybank 151089317354 Adila Bin Suboh. Sumbangan anda dapat meringankan beban orang yang memerlukannya. Terima kasih.

    ReplyDelete

Sumbangan untuk anak yatim dan miskin

Powered by Blogger.

SEDEKAH MEMANJANGKAN UMUR DAN MURAHKAN REZEKI

3 Janji Allah SWT Pada Orang Yang Gemar Sedekah

KENAPA REZEKI SEMPIT

GANJARAN SEDEKAH

MEMBUKA PINTU REZEKI

PENYAKIT CINTAKAN DUNIA

KELEBIHAN ISTIGHFAR

VIDEO KELEBIHAN BERSEDEKAH

LIVE TRAFFIC

Popular Posts

Recent Posts

Text Widget