Saturday, 4 June 2016

Kisah mimpi bertemu dengan Wali ALLAH yang sudah meninggal dunia


Apabila Rabiatul Adawiyah meninggal dunia,salah seorang teman wanitanya telah bermimpikannya.Dia telah melihat Rabiatul Adawiyah berpakaian dari sutera yang tebal dan bertudung dengan kain sutera yang nipis,padahal dia telah dikafankan dengan baju jubahnya yang kasar dan tudung dari kain guni.
Teman itu berkata keadanya.
'Apa yang berlaku kepada kain jubah dan tudung guni yang kami kafankanmu dengannya?'
Jawabnya,
'Demi Allah,dia telah ditanggalkannya daripadaku serta digantikan dengan pakaian yang kau lihat padaku ini,'
Kemudian aku telah diangkat di Illiyin tempat orang-orang terdekat kepada Allah,untuk
disempurnakan bagiku pahalanya nanti setelah hari kiamat.'
Berkata wanita yang bermimpi itu.
'Apakah ini sebagai balasan terhadap apa yang kau lakukan di dunia dahulu?'
Jawabnya,
'Apa yang kau lihat ini adalah penghormatan Allah terhadap para wali-Nya.
Kemudian,aku bertanya lagi,apa yang berlaku ke atas diri Abdah binti Abu Kilab?'
Jawabnya,
'Alangkah jauhnya..,alangkah jauh perbezaannya.Demi Allah,dia telah diangkat ke tingkat yang tertinggi sekali.'
Aku bertanya lagi,
'Apa sebabnya,padahal kau dalam pandangan manusia lebih banyak beribadat daripadanya.'
Jawabnya, 
'Sebab dia itu tidak hiraukan keadaannya ketika dia berpagi atau berpetang.Maksudnya dia selalu ingatannya kepada Allah semata di sepanjang masa tidak kira pagi atau petang.'
Maka aku bertanya lagi.'Abu Malik,yakni Daigham,apa pula hal keadaannya?'
Jawabnya,
'Dia diberikan kebenaran pada bila-bila masa saja menemui Allah swt.'
Aku bertanya lagi.'Apa halnya Bisyr bin Mansur?'
Jawabnya,'Bernasib baik,sangat bernasib baik.Dia telah diberikan Allah lebih dari apa yang diharap-harapkannya.'
Kemudian aku minta pesanan,
Kataku,
'Berilah aku sesuatu yang boleh aku mendekatkan diriku kepada Allah swt.'
Katanya.'Hendaklah kau memperbanyakkan berzikir kepada Allah swt,kelak kau akan merasa lapang hati dengan zikir itu ketika kau berada di dalam kuburmu."

Rabiatul Adawiyah adalah seorang wali Allah yang 
mengabdikan dirinya kepada Allah.



Makam Rabiatul Adawiyah

Related Posts:

  • Sumbangan atau sedekah untuk anak yatim dan miskin Sumbangan atau sedekah untuk anak yatim dan miskin Disini saya mengambil kesempatan mengajak orang ramai untuk bersama sama menyumbang atau mencari dana untuk keperluan menguruskan Rumah anak yatim dan miskin At Taqw… Read More
  • Bersedekah Ramadhan 2016 Bersedekah Ramadhan 2016 KUALA LUMPUR 6 Julai - Aktivis sosial, Syed Azmi Alhabshi berkongsi cerita dalam laman Facebooknya bagaimana suatu hari beliau membeli kesemua makanan yang dijual di sebuah gerai Bazar Ramadan… Read More
  • Petua Murah Rezeki Petua Murah Rezeki Hidup di dunia yang fana ini penuh dengan ujian dan dugaan.Ujian kekayaan,kemiskinan,kesusahan,kesakitan,kejayaan,kegagalan kekecewaan dan sebagainya.Salah satu yang dialami oleh ramai  ora… Read More
  • Kisah kelebihan Orang orang yang selalu bertahajjud Kisah kelebihan Orang orang yang selalu bertahajjud Al ala bin Ziyad senantiassa menetapkan suatu masa si waktu malam dia bangun beribadat padanya.Pada suatu malam,dia merasa letih sekali,maka dia berkata kepada ister… Read More
  • Apakah Tujuan Hidup Ini Apakah Tujuan Hidup Ini Timbul di fikiran apakah tujuannya hidup ini.Apakah sekadar mengisi perut dengan pelbagai makanan dan minuman,kemudian membalut tubuh dengan pelbagai pakaian yang pelbagai bentuk dan warna.Ba… Read More

0 comments:

Post a Comment

Sumbangan untuk anak yatim dan miskin

Powered by Blogger.

SEDEKAH MEMANJANGKAN UMUR DAN MURAHKAN REZEKI

3 Janji Allah SWT Pada Orang Yang Gemar Sedekah

KENAPA REZEKI SEMPIT

GANJARAN SEDEKAH

MEMBUKA PINTU REZEKI

PENYAKIT CINTAKAN DUNIA

KELEBIHAN ISTIGHFAR

VIDEO KELEBIHAN BERSEDEKAH

LIVE TRAFFIC

Popular Posts

Recent Posts

Text Widget