Saturday 4 June 2016

Apakah Tujuan Hidup Ini





Timbul di fikiran apakah tujuannya hidup ini.Apakah sekadar mengisi perut dengan pelbagai makanan dan minuman,kemudian membalut tubuh dengan pelbagai pakaian yang pelbagai bentuk dan warna.Banyak orang yang telah mencapai bahagiannya ini,tetapi mereka masih belum bertemu dengan maksud hidup yang sebenarnya.Lebih baik kelihatan orang-orang sederhana,seperti fakir yang abid,merasa senang dengan sedikit rezeki duniawi yang diperolehinya.Fikirannya dan himbauan keinginanya hanya diarahkan kepada kemajuan ibadat manusia terhadap Tuhannya.

Fikiran manusia itu,pada akhirnya akan sampai kepada menilai harga hidup ini berapa dan akan sampai ke mana.Ia lihat semuanya bergerak dan hancur.Maka Tuhan yang menciptakan langit dan bumi akan lebih kekal dari langit dan bumi.Fikiran lalu dikerahkan mempelajari Tuhan ini,mempelajari kesukaan dan keinginanya.Akhirnya pemikiran dikerahkan mempelajari apakah yang sangat disukai Tuhan ini,bagaimana kehidupan duniawi kita yang dapat membawa kita,hidup kekal dengan senang kemudian hari.Hendaknya jangan sifat-sifat dan kebesaran-kebesaran Tuhan ini saja kita pelajari,tetapi pelajari dan carilah keridhaan dan kesenangan Tuhan ini dengan segala gerak geri kita,dengan perbuatan jasmani kita dan perkembangan jalan fikiran kita.Untuk itu telah banyak jalan yang dilalui,tetapi jalan yang telah dirintis ahli tasauf adalah antara jalan yang paling baik.Bukan saja terang dan jelas,juga tidak banyak berliku liku.Tidak pula dapat kita katakan jalan itu pendek,sebab tidak semua jalan yang baik itu pendek,tempo-tempo ia harus panjang dan sukar menempuhnya.

Manusia-manusia yang ingin mendapat hidup yang sebenar -nya hidup,setiap saat melihat manusia itu dari tidak ada menjadi ada,hidup,kemudian mati mati lagi.Matahari setiap hari terbit dan terbenam.Pohon -pohon kayu dan segala haiwan mulanya telur,anak-anak,kecil,kemudian besar,kemudian layu dan akhirnya menjadi hilang lenyap seperi semula.Apakah manusia akan demikian juga.Setelah diselidikinya tidaklah sama manusia dengan sekalian haiwan dan benda-benda duniawi ini.Yang lain dari manusia setelah ada,tida akan lenyap kembali.Yang kan  lenyap hanya jasmaninya.Sedang ruhaninya yang ditiupkan Tuhan itu tidak akan lenyap.Ia akan dikekalkan buat selama-lamanya.

Manakala telah diketahui bahawa ruh itu akan dikekalkan selamanya,maka timbullah fikiran bagaimana mebela ruh ini supaya ia hidup dengan senang selamanya.Sedangkan membela kehidupan kita duniawi yang pendek,supaya jangan susah atau mendapat bahaya,selalu kita tergelincir,selalu tidak berhasil.Selalu dalam usaha kita menanam padi tumbuh lalang,ikan di panggang tinggal tulang dan sebagainya,maka betapa pula dengan membela serta merawat ruhani kita yang mistik seluruhnya.Akan tetapi dengan petunjuk-petunjuk Tuhan tahulah kita kehendak-kehendak dan keinginan ruhani kita itu.Tahulah kita bagaimana kemudian hari kan jadinya,Apakah pekerjaan-pekerjaan yang merosakkannya,dan apa pekerjaan yang menguntungkannya dan sebagainya.

Kemudian kita melihat kepada pelbagai bangsa manusia penghuni bumisejak purbakala sampai masa ini.Betapa juga kuasa dan besarnya manusia itu ia tidak dapat melawan mati.Semua manusia telah mati.Ada yang mati dengan baik dan ada yang mati dipaksa.Semuanya gagal dalam mempertahankan keduniaannya.Yang kekal hanya Allah swt.Kekalan Allah swt itu sama dengan kekalan segala tatateribnya yang telah disanpaikannya kepada sekalian manusia melalui nabi-nabiNya yang berjumlah 121,000 orang yang telah diselangi oleh 313 rasul.Maka terhentilah perkembangan fikiran manusia kepada bagaimana menjalankan tatatertib yang dikehendaki Allah swt itu.Bagaimana mengatur kehidupan kita kita yang sebaik-baiknyamsupaya tatatertib hidup kita diredhai Tuhan dan ruh kita akan mendapat kehidupan kekal yang menyenangkan,tidak menakutkan dan menyusahkan.

Lalu perkembangan fikiran manusia mempelajari keadaan-keadaan manusia dan alam sekelilingnya sebelum manusia itu lahir,mempelajari keadaan manusia setelah ia lahir,riwayat hidup segala macam manusia yang besar dan kecil,yang berkuasa dan terjajah dalam dunia ini,kemuadia mempelajari keadaan manusia waktu berpisah ruh dari jasadnya,bagaimana manusia di dalam kuburnya bagaimana mengatasi kesepian dan kesusahan-kesusahan di dalam kubur itu.Bagaimana pula yang terjadi pada Hari Berbangkit,di mana segala manusia yang telah mati akan dibangkitkan Tuhan,dan lamanya bergerak untuk berkumpul di padang Mahsyar yang sangat luas lamanya seribu tahun dunia.Kemudian diadakan perhitungan amal baik dan buruk dengan cara yang seadil-adilnya.Kemudian menentukan nasib dan tempat manusia buat selama-lamanya.Tidak ada yang tahu berapa lamanya.Tidak ada nool yang cukup akan mengisinya,kerana banyaknya nool yang harus diadakan untuk menghitung lamanya manusia hidup di sana adanya.Kemudia mempelajari neraka dan syurga,serta kesukaan-kesuakaan keduanya.Siapa yang menjadi penghuni neraka,apa sifat-sifat yang harus ada pada calon neraka.Apa sifat-sifat yang harus ada pada calon-calon syurga dan sebagainya.

0 comments:

Post a Comment

Sumbangan untuk anak yatim dan miskin

Powered by Blogger.

SEDEKAH MEMANJANGKAN UMUR DAN MURAHKAN REZEKI

3 Janji Allah SWT Pada Orang Yang Gemar Sedekah

KENAPA REZEKI SEMPIT

GANJARAN SEDEKAH

MEMBUKA PINTU REZEKI

PENYAKIT CINTAKAN DUNIA

KELEBIHAN ISTIGHFAR

VIDEO KELEBIHAN BERSEDEKAH

LIVE TRAFFIC

Popular Posts

Recent Posts

Text Widget