Saturday 4 June 2016

Faedah-faedah zikir



Faedah ataupun fadhilat zikir sangat banyak yang dinyatakan dalam pelbagai kitab-kitab ilmu Islam.
Di antaranya:-
1.Menjauhkan syaitan dan menghancurkan kekutannya.
2.Zikir menyebabkan Allah redha padanya.
3.Menjauhkan dukacita daripada hati manusia
4.Menggembirakan hati
5.Menguatkan badan dan menyeronokkan sanubari
6.Zikir adalah sinaran hati dan muka.
7.Zikir menyebabkan datangnya rezeki dengan mencurah curah
8.Zikir membawa orang yang berzikir itu kepada kehebatan dan kegagahan yakni dengan memandang wajahnya seseorang merasa gentar
9.Zikir adalah melahirkan cinta sejati terhadap ALLAH swt ,kerana cinta itulah merupakan roh Islam,jiwa agama dan sumber kejayaan dan kebahagiaan.barangsiapa ingin mendapatkan cinta Ilahi maka hendaklah ia berzikir sebanyak-banyaknya.sebagaimana mutalah dan muzakarah itu merupakan pintu kejayaan ilmu,demikianlah zikrullah itu merupakan cinta Illahi.
10.Zikir adalah mendatangkan hakikat muraqabah dan muraqabah itu membawa seseorang kepada martabat ihsan.Dengan adanya martabat ihsan maka manusia dapat beribadat kepada ALLAH dalam keadaan yang seolah-olahnya ia melihat-Nya
11.Zikir adalah membawa seseorang kepada penyerahan diri dengan sebulat-bulatnye kepada ALLAH.Deengan ini lama kelamaan maka setiap urusan dan dalam setiap keadaan ALLAH swt menjadi pelindung dan pembantu baginya.
12.Zikir adalah membawa seseorang kepada takarrub(mendekatkan diri)kepada Allah.Jika zikir itu bertambah banyak maka dengan sendirinya ia bertambah dekat bkepada Allah dan sebaliknya jika ia bertambah lalai daripada berzikir maka dengan sendirinya ia bertambah jauh dari ALLAH
13.Zikir adalah membukakan pintu makrifat ALLAH swt
14.Zikir adalah melahirkan di dalam hati seseorang akan keagungan dan kehebatan ALLAH swt dan melahirkan semangat buat merapatkan diri dengan-Nya.
15.Zikir menyebabkan ALLAH swt ingat kepada seseorang yang ingat kepada-Nya,sepertimana disebutkan di dalam Al-Quran,Fazkuruunii azkurkum yang bermaksud:Kerana ituingatlah kamu kepadaKu.nescaya Aku ingat pula kepadamu.Dan diterangkan pula di dalam hadis;Man zakaranii fii nafsihi zakartuhuu fii nafsii yang bermaksud:Barangsiapa mengingati Aku di dalam hatinya,nescaya Aku mengingatinya pula di dalam hatiKu.
16.Zikir menghidupkan hati,Hafiz ibnu Thaimiah ra. berkata bahawa perbandingan zikrullah dengan hati seseorang adalah ibarat ikan dengan air.Ingatlah apakah halnya ikan itu jika ia tidak berada di dalam air
17.Zikir adalah santapan bagi roh dan hati.Andaikata jika kedua-duanya tidak dapat menikmati santapannya maka adalah sama seperti badan yang tidak dapat makanannya.
18.Zikir membersihkan hati daripada karatnya sepertimana diterangkan di dalam hadis bahawa tiap-tiap satu adalah daki dan kekotoran baginya.Daki dan kekotoran hati ialah keinginan dan kelalaian yang tidak dapat dibersihkan melainkan dengan berzikir.
19.Zikir menghapuskan keraguan dari seseorang terhadap Alllah swt.Sebenarnya hati orang yang lalai itu diselubungi oleh rasa ragu atau gelisah terhadap Allah.Ianya dapat dihapuskan hanya oleh zikrullah.
20.Zikir menhapuskan dosa dan maksiat.
21.Zikir adalah menyebut,orang berzikir itu dikelilingi oleh arasy Illahi.
22.Barangsiapa ingat kepada dalam kesenangan,Allah ingat pula kepadanya semasa dalam kesusahan.
23.Zikir adalah melepaskan orang yang berzikir itu daripada azab Allah swt,
24.Zikir adalah menyebabkan turunnya sakinah dan para malaikat melingkungi orang-orang yang berzikir itu.
25.Zikir menyebabkan selamatnya lidah seseorang yang berzikir itu daripada mengumpat,mencela,berdusta maki hamun dan bercakap sia-sia.Telah dibuktikan oleh kenyataan bahawa barangsiapa yang membiasakan lidahnya dengan berzikir maka terselamat daripada sifat-sifat keji.Sebaliknya orang yang tidak biasa dengan zikir maka dengan sendirinya ia terlibat di dalam keburukan dan sifat-sifat keji.
26.Majlis-majlis zikir adalah seperti majlis para malaikat sebaliknya majlis kelalaian,majlis yang peserta-pesertanya lalai daripada zikir,adalah seperti majlis syaitan.Kini terserah pada manusia,sertailah majlis mana yang suka.Menurut kebiasaan manusia sukakan akan sesuatu yang sesuai dengan sikap dan perangainya.
27.Zikir adalah memasukkan orang yang berzikir itu ke dlam golongan orang-orang yang berbahagia dan demikian juga mereka mendampinginya.Sebaliknya orang-orang yang lalai dan membuat kerja-kerja yang sia-sia adalah tercampak ke dalam kancah kecelakaan.Demikian juga orang-orang yang menyertai mereka itu.
28.Zikir akan memelihara seseorang yang berzikir daripada menyesal pada hari kiamat.Di dalam hadis ada disebutkan bahawa majlis-majlis yang terkosong daripada zikrullah menyebabkan mendapatnye kerugian dan menyesal pada hari kiamat .
29.Jika seseorang yang berzikir sambil menangis-nangis dalam keadaan seorang diri,maka pada hari kiamat ia akan ditempatkan di bawah naungan arasy Ilahi di mana manusia akan berteriak dan menjerit-jerit kepanasan hari yang dahsyat itu.
30.Orang yang menyibukkan dirinya dengan berzikir maka Allah swt mengurniakan kepadanya lebih daripada orang yang meminta kepada-Nya.Di dalam sebuah hadis ada disebutkan bahawa Allah swt. berfirman,'Barangsiapa yang tertahan oleh zikirKu,daripada berdoa,nescaya Aku berikan kepadanya lebih daripada yang ku berikan kepada orang-orang yang berdoa.'
31.Sungguhpun zikir ini merupakan suatu ibadat yang ringan dan mudah sekali,namun ia adalah lebih afdal dan utama daripada seluruh ibadat kerana menggerakkan lidah itu lebih mudah daripada menggerakkan seluruh badan,
32.Zikrullah adalah merupakan pohon di dalam syurga.
33.Yang paling mulia di antara orang-orang yang bertaqwa di sisi Allah ialah orang yang sentiasa sibuk dengan berzikir kerana natijah taqwa ialah syurga sedangkan natijah zikir ialah penyertaan Allah swt.
34.Pada hati manusia ada semacam kekerasan yang tiada berubah menjadi lembut melainkan dengan berzikir.
35.Zikir adalah rawatan bagi penyakit-penyakit hati.
36.Zikir adalah sumber persahabatan dengan Allah sebaliknya lalai adalah sumber permusuhan denganNya.
37.Tiadalah satu apapun yang menambahkan nikmat-nikmat Allah dan menyelamatkan daripada azab-Nya lebih daripada zikrullah.
38.Allah menurunkan rahmat-Nya kepada orang-orang yang berzikir dan para malaikat berdoa kepada mereka.
39.Barangsiapa yang ingin menikmati syurga sedangkan ia masih berada di dalam dunia ini,maka hendaklah ia menyertai majlis-majlis zikir kerana majlis-majlis zikir itu adalah umpama taman-taman syurga.
40.Majlis zikir ialah majlis para malaikat
41.Allah swt,membanggakan orang-orang yang berzikir itu dihadapan para malaikat.
42.Barangsiapa sentiasa berzikir ia akan memasuki syurga sambil tersenyum.
43.Segala-gala amalan adalah diwajibkan semata-mata kerana zikrullah.
44.Amalan yang paling afdal ialah amalan yang disertai dengan berzikir sebanyak-banyaknya.Puasa yang afdal sekali ialah puasa yang disertai dengan berzikir sebanyak-banyaknya.Haji yang afdal sekali ialah haji yang disertai zikir sebanyak-banyaknya.Dan demikianlah jihad serta amalan-amalan lainnya.
45.Zikir adalah pendorong bagi ibadat-ibadat yang lain.Dengan berzikir sebanyak-banyaknya maka ibadat-ibadat yang lain itu menjadi mudah dan senang dan kelazatan ibadat-ibadat itupun dirasai benar,oleh itu semua ibadat itu dapat dikerjakan tanpa keberatan dan kesukaran apa-apa.
46.Dengan berzikir semua keberatan akan berubah menjadi ringan.Setiap kesukaran akan berubah menjadi senang.Setiap bebanan menjadi ringan dan semua bala bencana akan terlenyap.
47.Lantaran zikirlah,maka segala rupa ketakutan dan kebimbangan akan terhindar.Zikrullah adalah mempunyai kuasa yang terkhas untuk melahirkan ketenteraman dan untuk melenyapkan ketakutan,Ianya mempunyai kesan yang teristimewa di mana semakin berzikir sebanyak-banyaknya semakin itulah akan mencapai ketenteraman dan akan lenyap ketakutan.


0 comments:

Post a Comment

Sumbangan untuk anak yatim dan miskin

Powered by Blogger.

SEDEKAH MEMANJANGKAN UMUR DAN MURAHKAN REZEKI

3 Janji Allah SWT Pada Orang Yang Gemar Sedekah

KENAPA REZEKI SEMPIT

GANJARAN SEDEKAH

MEMBUKA PINTU REZEKI

PENYAKIT CINTAKAN DUNIA

KELEBIHAN ISTIGHFAR

VIDEO KELEBIHAN BERSEDEKAH

LIVE TRAFFIC

Popular Posts

Recent Posts

Text Widget