Saturday 4 June 2016

Petua Murah Rezeki




Hidup di dunia yang fana ini penuh dengan ujian dan dugaan.Ujian kekayaan,kemiskinan,kesusahan,kesakitan,kejayaan,kegagalan kekecewaan dan sebagainya.Salah satu yang dialami oleh ramai 
orang ialah kesempitan dan kepayahan hidup.Salah satu cara untuk keluar dari permasalahan tersebut yang telah dianjurkan oleh Islam ialah dengan Bersedekah.Amat banyak rahsia dan kelebihan Bersedekah yang telah ALLAH SWT sediakan.

Rasullah s.a.w bersabda
"Tidaklah sedekah itu mengurangi harta,tidaklah ALLAH menambah bagi seorang hamba yang memberi kemaafan melainkan kemuliaan,dan tidaklah seorang merendah diri kerana ALLAH melainkan Dia mengangkatNya.(H.r Muslim)

ALLAH SWT berfirman

قُلْ إِنَّ رَبِّي يَبْسُطُ الرِّزْقَ لِمَنْ يَشَاءُ مِنْ عِبَادِهِ وَيَقْدِرُ لَهُ ۚ وَمَا أَنْفَقْتُمْ مِنْ شَيْءٍ فَهُوَ يُخْلِفُهُ ۖ وَهُوَ خَيْرُ الرَّازِقِينَ
Katakanlah: "Sesungguhnya Tuhanku melapangkan rezeki bagi siapa yang dikehendaki-Nya di antara hamba-hamba-Nya dan menyempitkan bagi (siapa yang dikehendaki-Nya)". Dan barang apa saja yang kamu nafkahkan, maka Allah akan menggantinya dan Dialah Pemberi rezeki yang sebaik-baiknya.
Saba 'ayat39

Antara kelebihan dan keajaiban sedekah;-
  • Sedekah dapat menolak bala ataupun bencana
  • Sedekah dapat menyembuhkan penyakit
  • Sedekah dapat memperluaskan ataupun menambah rezeki
  • Sedekah menambah umur
  • Sedekah mencegah kematian yang buruk
  • Sedekah menyebabkan datangnya pertolongan
  • Sedekah memadamkan kemurkaan ALLAH
  • Sedekah menutup 70 pintu keburukan
  • Sedekah penyebab dikabulkan doa
  • Orang bersedekah dekat dengan Nabi di syurga
  • Sedekah menyejukkan kubur
  • Sedekah melapangkan dada,menjadikan seseorang bahagia
  • Sedekah membersihkan harta kotor
Menjemput Rezeki dengan Bersedekah
Sedekah mengundang rahmat Allah dan menjadi sebab Allah buka pintu rezeki. Nabi s.a.w. bersabda kepada Zubair bin al-Awwam: “Hai Zubair, ketahuilah bahawa kunci rezeki hamba itu ditentang Arasy, yang dikirim oleh Allah azza wajalla kepada setiap hamba sekadar nafkahnya. Maka siapa yang membanyakkan pemberian kepada orang lain, nescaya Allah membanyakkan baginya. Dan siapa yang menyedikitkan, nescaya Allah menyedikitkan baginya.” H.R. ad-Daruquthni dari Anas r.a.
Sedekah digandakan 700 kali ganda.
Fadhilat bagi orang yang bersedekah amat besar seperti mana terdapat keterangan di dalam al-Quran dan hadis. Jika kita amat amati ayat al-Quran berikut, kita akan dapat mengira bahawa sekurang-kurangnya setiap harta yang dikeluarkan ke jalan Allah akan dibalas dengan kiraan melebihi 700 kali ganda. Selain itu, mereka dijandikan dengan kehidupan yang mudah:
Allah Ta’ala berfirman: “Perumpamaan (nafkah yang dikeluarkan oleh) orang-orang yang menafkahkan hartanya di jalan Allah adalah serupa dengan sebutir benih yang menumbuhkan tujuh butir, pada tiap-tiap butir seratus biji. Allah melipatgandakan (ganjaran) bagi siapa yang Dia kehendaki . Dan Allah maha luas (kurnia-Nya) lagi maha mengetahui” . (Al Baqarah (2) : 261)
Allah Lipat-gandakan Ganjaran orang yang Bersedekah.
“Sesungguhnya orang-orang yang bersedekah baik laki-laki mahupun perempuan dan meminjamkan kepada Allah pinjaman yang baik, nescaya akan dilipat-gandakan (ganjarannya) kepada mereka; dan bagi mereka pahala yang banyak.” (Qs. Al Hadid: 18)
Rezeki dimurahkan Allah s.w.t.
Firman Allah s.w.t.: “Dan barangsiapa yang bertaqwa kepada Allah, pasti akan ditunjuki kepada mereka jalan keluar. Dan diberi rezeki kepada mereka daripada jalan yang tidak disangka-sangka. Dan barangsiapa yang bertawakal kepada Allah, maka Allah akan mencukupi baginya”. (At-Talaq:2-3)
Di dunia, mereka yang bersedekah akan dimurahkan rezeki oleh Allah dalam kehidupannya. Faedah ini dijelaskan oleh Jabir Abdullah katanya: “Rasulullah berucap kepada kami, sabdanya: Wahai umat manusia, bertaubatlah kepada Allah sebelum kamu mati dan segeralah mengerjakan amal salih sebelum kamu sibuk (dengan yang lain), dan jalinkanlah hubungan di antara kamu dengan Tuhan kamu dengan sentiasa mengingatinya (berzikir) dan banyakkan bersedekah secara bersembunyi atau terang-terangan, nescaya kamu diberi rezeki yang mewah, diberi kemenangan (terhadap musuh dan digantikan dengan apa yang kamu dermakan itu dengan balasan yang berganda-ganda.”(Hadis riwayat Ibnu Majah)

Kisah Sedekah Saidina Ali dengan Malaikat
Sebaik pulang dari rumah Nabi Muhammad s.a.w., Ali bin Abu Talib menemui isteri tercintanya, Fatimah az-Zahra dan bertanya: "Wahai wanita mulia, adakah kamu mempunyai makanan untuk suamimu?"
.
Fatimah menjawab: "Demi Allah, saya tidak mempunyai makanan sedikit pun. Tetapi ini ada enam dirham yang saya terima daripada Salman al-Farisi sebagai upah memintal. Saya mahu belikan makanan untuk anak kita Hassan dan Husain."
Saidina Ali berkata: "Biar saya sahaja yang pergi membeli makanan."
Fatimah segera menyerahkan enam dirham itu kepada suaminya. Saidina Ali keluar lagi bagi membeli makanan.
Di tengah jalan, Saidina Ali bertemu seorang lelaki yang berkata: "Siapakah yang mahu memberikan pinjaman kepada Tuhan yang maha pengasih dan yang selalu menepati janji?"
Tanpa berfikir panjang, saidina Ali menyerahkan semua wangnya sebanyak enam dirham kepada lelaki itu. Lalu dia pulang dengan tangan kosong. Fatimah, yang melihat suaminya pulang tanpa membawa makanan, menangis.
Saidina Ali pun bertanya: "Wahai Fatimah mengapa kamu menangis?"
"Wahai suamiku, kamu pulang tanpa membawa apa-apa," kata Fatimah.
Ali menjawab: "Aku meminjamkan wang itu kepada Allah."
Mendengar jawapan itu, Fatimah berkata: "Sekiranya begitu, saya menyokong tindakanmu."
Ali kemudian keluar rumah lagi dan berniat hendak menemui Nabi Muhammad s.a.w. Di tengah jalan seorang Arab Badwi yang sedang menuntun seekor unta menghampirinya, dan berkata: "Wahai Aba-al Hassan, belilah unta ini."
Ali berkata: "Saya tidak mempunyai wang."
"Kamu boleh membayarnya pada bila-bila masa," kata Badwi itu.
"Berapa harganya?" tanya Ali, menunjukkan minat.
"Tidak mahal, 100 dirham sahaja," jawab Badwi itu.
"Baiklah, saya beli," kata Saidina Ali yang kemudian meneruskan perjalanannya menuntun unta.
Baru beberapa langkah Saidina Ali berjalan, seorang Badwi lain menghampirinya dan bertanya: "Wahai Abu Hassan, adakah kamu hendak menjual unta ini?"
"Ya," jawab Saidina Ali.
"Berapa?" Tanya Badwi itu.
"300 dirham," jawab Ali.
"Baiklah saya beli," kata Badwi itu dan terus memberikan wang 300 dirham kepada Saidina Ali.
Saidina Ali segera pulang ke rumah kerana hendak menceritakan peristiwa itu kepada Fatimah. Setibanya di rumah, Fatimah bertanya: "Apa yang kamu bawa itu wahai Abu Hassan?"
"Wahai Fatimah, saya membeli seekor unta dengan harga 100 dirham, kemudian saya menjualnya dengan harga RM300 dirham," jawab saidina Ali.
Seterusnya, Saidina Ali pergi menemui Nabi Muhammad s.a.w. di masjid. Melihat Saidina Ali sampai di masjid, Nabi s.a.w. tersenyum dan berkata: "Wahai Abu Hassan, adakah kamu mahu bercerita ataupun biarkan saya sahaja yang bercerita?"
"Kamu sahaja yang bercerita, wahai Rasulullah," kataSaidina Ali.
"Wahai Abu Hassan, tahukah kamu siapa orang Badwi yang menjual unta dan Badwi yang membeli unta daripada kamu tadi?"
Ali menggeleng: "Tidak, Allah dan rasul-Nya yang lebih tahu."
Nabi Muhammad s.a.w. menjelaskan: "Berbahagialah kamu. Kamu meminjamkan enam dirham kepada Allah. Allah memberikan kembali kepadamu 300 dirham. Setiap satu dirham mendapat ganti 50 dirham.
"Orang Badwi yang pertama menemuimu itu adalah malaikat Jibrail dan yang kedua adalah malaikat Mikail."

'semoga kita dapat melakukan ibadah sedekah dengan ikhlas dan tidak melengahkannya,yakinlah bahawa Allah SWT melihat dan akan memberi sesuatu yang melebihi harapan kita semua.Isilah perut golongan fakir miskin,tanggunglah kehidupan anak-anak yatim,berikanlah wakaf untuk kebaikan atau derma sedekah jariah.'

Salah satu pintu yang dibuka oleh Allah untuk meraih keuntungan besar dari bulan Ramadhan adalah melalui sedekah. Islam sering menganjurkan umatnya untuk banyak bersedekah. Dan bulan Ramadhan, amalan ini menjadi lebih dianjurkan lagi. Dan demikianlah sepatutnya akhlak seorang mukmin, yaitu dermawan. Allah dan Rasul-Nya memerintahkan bahkan memberi contoh kepada umat Islam untuk menjadi orang yang dermawan serta pemurah. Ketahuilah bahwa kedermawanan adalah salah satu sifat Allah Ta’ala, sebagaimana hadits:


Kedermawanan Rasulullah di Bulan Ramadhan

Rasul kita shallallahu ‘alaihi wa sallam, teladan terbaik bagi kita, beliau adalah orang yang paling dermawan, dan kedermawanan beliau lebih dahsyat lagi di bulan Ramadhan. Hal ini diceritakan oleh Ibnu Abbas radhiallahu’anhuma:
كان رسول الله صلى الله عليه وسلم أجود الناس ، وكان أجود ما يكون في رمضان حين يلقاه جبريل ، وكان يلقاه في كل ليلة من رمضان فيُدارسه القرآن ، فالرسول الله صلى الله عليه وسلم أجودُ بالخير من الريح المرسَلة
“Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam adalah orang yang paling dermawan. Dan beliau lebih dermawan lagi di bulan Ramadhan saat beliau bertemu Jibril. Jibril menemuinya setiap malam untuk mengajarkan Al Qur’an. Dan kedermawanan Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam melebihi angin yang berhembus.” (HR. Bukhari, no.6)
Semoga Ramadhan tahun ini 2016/1437H,bermula 6 Jun 2016lebih baik buat kita semua. kejar lah sentiasa kebaikan selagi mampu, nikmati & manfaat kan bulan yang penuh barakah ini sepenuh nya. semoga setiap amalan dan ibadah kita di terima-Nya. 
 


Disini saya mengambil kesempatan mengajak orang ramai untuk bersama sama menyumbang atau mencari dana untuk keperluan menguruskan Rumah anak yatim dan miskin At Taqwa yang berada di kampung saya di Pengkalan Hulu Perak.
Golongan VIP,Yb,perseorangan,syarikat syarikat korporat pertubuhan-pertubuhan,masyarakat,kelab, dijemput bersama-sama untuk membantu,menyumbang,menghulurkan bantuan bagi mencari dana untuk keperluan bagi anak-anak yatim dan miskin At-Taqwa Pengkalan Hulu.
Untuk menyalurkan bantuan dan dana bagi rumah anak yatim dan miskin ini,boleh datang sendiri di alamat;
Rumah Anak Yatim dan Miskin At-Taqwa
lot 724,padang jeneris,33100,
pengkalan hulu.perak
No Telefon:04-4778240 pejabat

atau;



sebarang saluran dana,boleh melalui akaun bank islam,

0204-80100-37028..BANK ISLAM
0204-80100-37028..BANK ISLAM


Rumah Anak Yatim dan Miskin At-Taqwa
Alamat, lot 724,padang jeneris,33100,
pengkalan hulu.perak
No Telefon:04-4778240 pejabat


Satu pandangan yg byk menginsafkan kita..membuatkan bertambah rasa bersyukur..membuatkan betapa kita bersyukur kepada Allah swt...ya Allah..lindungilah anak2 ini selalu..murahkan lah rezeki..permudahkanlah segala urusan anak2 ini dunia akhirat..amin ya Allah..
sesungguhnya,saham akhirat itu tiada nilainya jika di bandingkan dgn nikmat dunia..Rumah anak yatim dan miskin at taqwa,mencari dana,bagi yg ikhlas membantu anak2 yatim ini untuk lebih selesa..tiada paksaan dalam urusan saham akhirat.Berikan sedikit hasil yg kita nikmati,untuk dikongsi bersama anak2 ini,biarpun hanya sedikit,namun ianya cukup bermakna bagi anak2 ini dalam menjalani kehidupan seharian.
sumbangan berbentuk sedekah,wakaf,dan apa saja yg dirasakan membantu kejalan Allah swt,sangat di alu alu kan.
Menyantuni anak yatim, misalnya, punya keutamaan sendiri. Orang yang menyantuni (memelihara, menjamin, menanggung) anak yatim sampai ia dewasa akan berada amat dekat dengan Nabi saw. kelak di dalam surga bagaikan kedekatan jari telunjuk dan jari tengah. Ini kita fahami dari sabda beliau, “Saya dan penjamin/ penanggung anak yatim (kâfil al-yatîm) di dalam surga seperti dua jari ini,” sambil menunjukkan dua jari beliau, telunjuk dan jari tengah. Kata kâfil di situ berarti ‘penjamin’ atau ‘penanggung’. Hadits ini diriwayatkan, di antaranya, oleh Al-Baihaqi.
HADIST TENTANG KEUTAMAAN MENYANTUNI ANAK YATIM
Suatu ketika Saib bin Abdulloh rodhiyallohu ‘anhu datang kepada Nabi Shallallaahu ‘alaihi wa Sallam, maka Nabi sholallohu ‘alaihi wa sallam bersabda kepadanya :
ﻳﺎَ ﺳَﺎﺋِﺐُ ﺍﻧْﻈُﺮْ ﺃَﺧْﻼَﻗَﻚَ ﺍﻟَّﺘِﻲْ ﻛُﻨْﺖَ
ﺗَﺼْﻨَﻌُﻬَﺎ ﻓِﻲْ ﺍﻟﺠْﺎَﻫِﻠِﻴَّﺔِ ﻓَﺎﺟْﻌَﻠْﻬَﺎ ﻓِﻲْ
ﺍْﻹِﺳْﻼَﻡِ. ﺃَﻗْﺮِ ﺍﻟﻀَّﻴْﻒَ ﻭ ﺃَﻛْﺮِﻡِ ﺍﻟْﻴَﺘِﻴْﻢَ ﻭَ
ﺃَﺣْﺴِﻦْ ﺇِﻟَﻰ ﺟَﺎﺭِﻙَ

“Wahai Saib, perhatikanlah akhlak yang biasa kamu lakukan ketika kamu masih 
dalam kejahiliyahan,

laksanakan pula ia dalam masa keislaman. Jamulah tamu, muliakanlah anak yatim, dan berbuat baiklah kepada tetangga.” [HR.Ahmad dan Abu Dawud, Shohih Abu Dawud, Al-Albani : 4836]
keperluan yang diperlukan bagi keselesaan anak anak yatim dan miskin ini;-

  1. Membaikpulih banggunan sedia ada.
  2. Membina dewan makan yg lebih selesa.
  3. membina tempat kursus untuk mengulangkaji pelajaran.
  4. Menyediakan ruang khas untuk pengajian malam bersama ustaz2 yang dilantik.
  5. dan berbagai lagi yang dirasakan perlu untuk kebaikkan anak2 ini.
  6. surat surat sokongan dan dokumen berkaitan Rumah anak yatim dan miskin At-Taqwa Pengkalan Hulu













 Rumah anak anak yatim dan miskin At Taqwa Pengkalan Huluberdaftar dengan JKM,untuk lihat senarai daftar disini .

senarai nama penghuni asrama anak yatim dan miskin At Taqwa Pengkalan Hulu

keratan akhbar mengenai Rumah anak yatim dan miskin 
At Taqwa Pengkalan Hulu

Kepada yang mencari tempat untuk membuat sumbangan atau sedekah kepada Anak anak Yatim dan Miskin boleh hubungi Pengurusan Rumah Anak Yatim dan Miskin At Taqwa dialamat:-
Rumah Anak Yatim dan Miskin At-Taqwa
lot 724,padang jeneris,33100,
pengkalan hulu.perak
No Telefon:04-4778240 pejabat

Akaun Bank Rumah Anak Yatim dan Miskin At Taqwa Pengkalan Hulu
0204-80100-37028..BANK ISLAM
0204-80100-37028..BANK ISLAM
ikuti Page Facebook Pertubuhan Anak-anak Yatim At Taqwa disini

Artikel ini bukan bertujuan untuk mengajar pembaca atau sebab atas kepentingan peribadi, tetapi sekadar perkongsian semoga sama-sama mendapat manfaat,in sha Allah....
Last update 06hb Jun 2016

0 comments:

Post a Comment

Sumbangan untuk anak yatim dan miskin

Powered by Blogger.

SEDEKAH MEMANJANGKAN UMUR DAN MURAHKAN REZEKI

3 Janji Allah SWT Pada Orang Yang Gemar Sedekah

KENAPA REZEKI SEMPIT

GANJARAN SEDEKAH

MEMBUKA PINTU REZEKI

PENYAKIT CINTAKAN DUNIA

KELEBIHAN ISTIGHFAR

VIDEO KELEBIHAN BERSEDEKAH

LIVE TRAFFIC

Popular Posts

Recent Posts

Text Widget