Saturday 4 June 2016

Kisah Benar;Jenazah Solat di dalam kubur



Thabit Bnanai adalah seorang lagi Hafiz hadis.Beliau selalu menangis semasa berdoa ke hadrat ALLAH swt.Ada seorang memberi nasihat kepada beliau bahawa beliau akan buta kalau beiau tidak hentikan tangisannya itu,Jawabnya apakah gunanya mata ini kalau ia tidak mencucuri air mata di hadapan ALLAH.
Dalam sembahyangnya beliau sentiasa berdoa.Ya Allah,izinkanlah hamba sembahyang dalamkubur hamba,kalau kamu izinkan keistimewaan ini kepada mana-mana seorang hamba-Mu,
Abu Sanan menceritakan,Demi Allah,daku adalah di antara hadirin yang hadir pada harikebumian Tsabit Banai.Sesudah saja beliaundikebumikan,seketul bata dari tepi kuburnya jatuh.Daku intai ke dalam lubang itu dengan terperanjat daku dapati bahawa Thabit Banai sedang bersembahyang.Daku kata pada orang yang berdiri disisiku,lihat,apakah itu,dia menasihatiku agar dia-diam.
Setelah selesai upacara kebumian itu,kami punpergilah menemui anak gadisnya seraya bertanya,apakah fadhilat istimewa dari ayahmu?Dia ingin tahu apakah yang menyebabkan kami bertanya demikian.Kamipun ceritakan padanya peristiwa yang berlaku di kubur itu.Katanya,ayahnya tidak pernah tinggal sembahyang tahajjud selama lima puluh tahun dan dia berdoa setiap pagi ke hadrat Allah swt agar diizinkan dia bersembahyang dalam kuburnya kalau keistimewaan itu dapat diizinkan kepada sesiapa pun.

0 comments:

Post a Comment

Sumbangan untuk anak yatim dan miskin

Powered by Blogger.

SEDEKAH MEMANJANGKAN UMUR DAN MURAHKAN REZEKI

3 Janji Allah SWT Pada Orang Yang Gemar Sedekah

KENAPA REZEKI SEMPIT

GANJARAN SEDEKAH

MEMBUKA PINTU REZEKI

PENYAKIT CINTAKAN DUNIA

KELEBIHAN ISTIGHFAR

VIDEO KELEBIHAN BERSEDEKAH

LIVE TRAFFIC

Popular Posts

Recent Posts

Text Widget